Cara membuat aduan gangguan elektrik di rumah dan lampu jalan ke TNB (Dial 15454)

Berikut merupakan kaedah untuk membuat aduan gangguan bekalan elektrik ke Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Aduan bekalan elektrik ini boleh dibuat terus ke TNB dengan mendail no telefon “15454” di mana-mana talian telefon termasuk telefon bimbit.

Pengadu boleh terdiri daripada orang awam dan tidak semestinya pelanggan TNB (contohnya, boleh buat aduan bagi pihak tuan rumah ataupun untuk keluarga)

Langkah-langkah membuat Aduan gangguan bekalan elektrik dan Lampu Jalan

 

  1. Dial ‘15454’
  2. Mesin automasi akan menjawab panggilan anda, pilih menu untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan untuk urusan aduan gangguan bekalan
  3. Berikan maklumat diri seperti nama dan pengenalan diri. Pegawai khidmat pelanggan juga akan meminta nombor tiang lampu TNB terhampir untuk mentukan lokasi rumah pengadu atau lokasi gangguan lampu jalan
  4. Berikan nombor telefon untuk tujuan panggilan, kebiasaanya TNB akan meminta 2 atau 3 nombor telefon untuk memudahkan perhubungan semasa tiadanya bekalan elektrik.
  5. Pegawai akan memberikan nombor laporan (biasanya akan menggunakan nombor telefon bimbit sebagai nombor laporan)\

Lazimnya response time kontraktor TNB adalah diantara 30 minit ke 2 jam.

Contoh nombor tiang elektrik (dibaca sebagai TNT GH 1) adalah seperti gambar dibawah:

 

Aduan lampu jalan tidak menyala

Orang ramai juga boleh membuat aduan lampu jalan tidak menyala di kawasan perumahan masing-masing dengan menggunakan kaedah yang sama seperti di atas dan memberikan nombor tiang TNB.

Sekian, harap maklum.

11 Replies to “Cara membuat aduan gangguan elektrik di rumah dan lampu jalan ke TNB (Dial 15454)”

  1. No fon Tnb 15454 .berapa kos panggilan pengadu atau pengguna bila buat panggilan samada guna talian tetap atau handfon?Tq

  2. Tuan
    Lampu Jalan rosak.
    TSP7 E 2

    JALAN Sri Pulai 43,
    Taman Sri Pulai 3
    70400 Seremban

  3. Kg kuala semerak pasir putih kelantan terputus bekalan tenaga dah 2 jam kenapa?

  4. ATTENTION NOTICE
    (By TNB)
    Malaysia sedang dilanda ELNINO sekarang ini. Bacaan suhu persekitaran melebihi 39.7°c.
    Bagi pengguna semua jenis kenderaan bertingkap,sekiranya kenderaan anda berjemur dibawah panas melebihi 2jam, pastikan cermin kereta anda dibuka 30%.Jika cermin ditutup habis,tekanan suhu yang terlampau tinggi dalam kereta akan mengakibatkan keretakkan pada cermin,tangki minyak meletup dan enjin kereta terbakar.
    Ambil peduli. Sebarkan kepada semua pengguna kenderaan di Malaysia.

    Ir.Yusouf Bahaman
    TNB Dist.
    Jln Bangsar KL

    Mohon komen kesahihan mesej berantai ini..saya terima tapi saya tidak share..minta penjelasan admin TNB

  5. lampu jalan raya rosak dekat 10 tiang lampu tidak nyala
    jalan shell meru ke traffik light simpang ampat pigi jalan setia alam ..lampu jalan rosak sudah tiga minggu tlg ambik tindakan segera membahayakan nyawa membawa motor dan basical

    terima kasih….

  6. Selamat pagi
    Tolong ambik tindakan segera lampu jalan
    1.)toll setia alam lampu spot light 3tiang selama 4minggu tidak dinyalah..
    2.)lampu jalan perudua meru ke traffic lights simpan tidak dinyalah

  7. Aduan gangguan bekalan elektrik telah dibuat pada 7/10/18 di jln 6/149j bandar baru sri petaling 57000 melalui TNB careline pada pukul 1. 15ptg. Team TNB sampai dan mengenal pasti punca tetapi terpaksa memanggil team kedua dgn skylift utk membaiki kerosakan ditiang. Dua kali panggilan susulan telah dibuat. Selepas jam 6 ptg team kedua belum sampai. Minta disegerakan pembaikan kerana keadaan cuaca yang panas dan makanan dlm petisejuk telah rosak.

  8. Selamat sejahtera, di sini saya ingin memberi aduan tentang lampu jalan di depan rumah saya tidak berfungsi selama seminggu, saya tidak boleh mengadu melalui nombor 15454 sebab tiang lampu jalan di depan rumah tiada nombor di tulis. Alamat ialah di antara no. 69 dan 70 Taman Bukit Medan, 31100 Sg Siput, Perak. Harap pihak tuan dapat memperbaiki lampu jalan tersebut dan sila menuliskan nombor tiang lampu jalan tersebut. Terima kasih.

Comments are closed.

Bad Behavior has blocked 311 access attempts in the last 7 days.