4 Punca Renjatan Elektrik Kecil (ala-ala digigit semut) pada Laptop

Renjatan Elektrik kecil pada laptop atau komputer
Sudah tentu ada yang pernah mengalami situasi ini dimana anda pernah menerima ‘kejutan’ kecil ibarat gigitan semut apabila menyentuh laptop atau pc anda.

Hal ini berlaku kerana terdapatnya arus elektrik bocor pada permukaan laptop dan komputer.

Punca Arus elektrik Bocor pada Laptop dan Komputer Peribadi

Punca utama kebocoran arus elektrik adalah kerana sambungan elektrik pada laptop anda tidak di bumikan (Earthed) dengan sempurna yang disebabkan oleh beberapa faktor.

Artikel ini akan menyenaraikan faktor utama yang menyebabkan kebocoran arus elektrik ini

No 1: Extension Plug yang tidak sempurna

Hampir kesemua kes-kes yang melibatkan kebocoran arus elektrik pada laptop adalah berpunca daripada penyambungan bumi yang tidak sempurna pada extension plug.

Extension plug khususnya yang kerapkalinya di ubah kedudukannya atau wayar yang selalu disimpulkan akan menyebabkan tercabutnya pendawaian bumi.

Cara Atasi: Sambungkan plug laptop anda terus kepada wall outlet atau tukar extension plug kepada yang baru

 

No 2 : External monitor atau alatan lain yang bersambung dengan komputer dan laptop 

Punca kebocoran arus kedua yang paling kerap dialami adalah dari alatan lain yang bermasalah tetapi disambungkan kepada laptop sama ada melalui port VGA/HDMI ataupun USB.

 

Kebiasaanya perkara ini berpunca daripada cable external monitor yang rosak dan arus berlebihan itu masuk pada laptop anda.

 

Cara atasi: Untuk mengenalpasti punca ini, anda seharusnya menanggalkan sebarang peralatan lain pada laptop / pc anda dan cuba sekali lagi.

 

No 3:  Adaptor laptop atau power supply pc yang rosak

Jarang berlaku, tetapi terdapat juga segelintir kes dimana adaptor laptop yang tidak dapat menukarkan arus elektrik bervoltan tinggi (AC 240 volt) kepada voltan yang sempurna dan seterusnya menyebabkan terdapatnya kebocoran elektrik pada laptop.

Cara atasi: Anda perlu menukarkan adaptor laptop atau power supply pc anda

 

No 4:  Wall outlet yang tidak dibumikan dengan sempurna

Perkara ini amatlah jarang berlaku dimana situasinya berpunca daripada wall outlet yang tidak dibumikan oleh kontraktor pembinaan rumah / pejabat.

 

Cara atasi: Perlu menghubungi juruelektrik untuk membumikan wall outlet tersebut.

 

Penyelesaian Sementara untuk Mengatasi Kejutan Elektrik Kecil

Sekiranya anda tidak dapat menyelesaikan masalah kejutan elektrik kecil tersebut atas kekangan teknikal atau sebab-sebab tertentu, anda disarankan untuk memakai selipar / kasut getah supaya arus elektrik tidak mengalir menerusi kulit anda.

Pastikan selipar/kasut getah tersebut kering untuk mengelakkan pengaliran arus elektrik.

 

 

 

 

 

 

Tips mudah untuk mengenali Permanent Marker dan Whiteboard Marker secara visual

 

Ini adalah tip ringkas untuk mengenali Permanent dan Whiteboard marker secara visual.

Permanent Marker – kegunaan untuk menanda atau menulis perkataan secara kekal. Jika diperhatikan di sini, Permanent marker, adalah marker yang badannya berwarna kuning.

 

Whiteboard Marker – biasanya digunakan di whiteboard untuk tujuan penulisan sementara dan boleh dipadam kembali. Whiteboard Marker akan ditanda dengan badannya berwarna putih dan harganya lebih mahal sedikit daripada permanent marker.

 

Jadi semasa membeli-belah, ingatlah tips ini untuk memilih permanent marker ataupun whiteboard marker

 

 

 

 

Berkongsi file di Windows LAN dengan menggunakan QuickShare

QuickShare merupakan aplikasi yang membolehkan file-file dikongsi dengan mudah diantara peranti-peranti yang tersambung di Local Area Network (LAN) khususnya di router WiFi

QuickShare ini juga membolehkan perkongsian file dilaksanakan dengan mudah diantara komputer dan telefon bimbit (mobile phone).

Cara Penggunaan

Langkah 1
Muat turun dan pasang aplikasi QuickSharesetup.exe.

Langkah2: Edit pilihan port dan pilih “folder” yang ingin dikongsi.

Langkah 3: Mulakan QuickConnect dengan mengklik butang “Start Server”

 

Langkah 4: Klik “Allow” sekiranya Windows memaparkan dialog “Windows Security Alert”

Langkah Seterusnya – anda boleh mengakses fail yang dikongsi tersebut menerusi alamat ip melalui Google Chrome, Firefox atau dari telefon bimbit asalkan komputer tersebut disambungkan di rangkaian yang sama.

 

Tambahkan port number 8080 kepada ip address komputer anda. Sebagai contoh sekiranya ip address komputer anda yang tersambung dirangkaian adalah 10.20.23.159, anda perlu taip 10.20.23.159:8080 pada ruangan ip address pada browser dan telefon untuk memulakan perkongsian

Tahukah Anda: Remote Control Penghawa Dingin York boleh digunakan untuk Acson, Daikin dan sebaliknya?

Tips ringkas kali ini.

Alat kawalan jauh ( Aircond remote control) York boleh digunakan untuk Penghawa Dingin Acson dan sebaliknya. Ini disebabkan oleh penghawa dingin Acson dan Daikin menggunakan beberapa komponen infra-merah yang sama dengan unit Penghawa dingin York.

Anda juga boleh menggunakan aplikasi telefon bimbit (mobile application) yang menyokong mod Infra-merah untuk mengawal Penghawa dingin Acson  serta Daikin dengan menggunakan kod alat kawalan jauh York.

 

*Tertakluk untuk beberapa model sahaja.

 

 

FontFace Ninja: Kesan jenis Font di laman web dengan mudah

FontFace Ninja adalah aplikasi yang boleh memudahkan kerja-kerja seharian perekabentuk laman web dan grafik.

 

Menerusi aplikasi ini, pengguna dapat mengesan jenis ‘font’ atau jenis mukataip yang digunakan pada laman web dan memudahkan proses pencarian mukataip tersebut.

Sampel Penggunaan FontFace Ninja

Pemasangan FontFace Ninja

Fontface Ninja boleh dipasang di Chrome melalui Chrome Store extension, dan cara penggunaannya adalah amat mudah, hanya klik pada icon yang terdapat di toolbar aplikasi tersebut.

 

Tips: Menggunakan Laptop sebagai WiFi Hotspot dengan Windows 10

Microsoft Windows 10 berupaya untuk menukarkan laptop anda kepada WiFi Hotspot dengan beberapa langkah mudah.

Keperluan utama sekali ialah anda perlu pastikan laptop mempunyai sambungan Ethernet cable atau pun 4G untuk berkongsi internet menerusi fungsi wifi yang terbina dalam laptop.

 

Langkah-langah untuk mengaktifkan mod WiFi Hotspot pada laptop

  1. Tekan (Start button) dan pilih Settings -> Network & Internet, dan pilih “Mobile Hotspot
  2. Pilih sambungan Ethernet port atau 4G untuk ruangan “Share my Internet Connection From
  3. Anda juga boleh memilih nama “Mobile Hotspot” dengan memilih Edit pada “Hotspot Name” dan pilih “Password” pada hotspot tersebut

Dengan mengikuti langkah ini, peranti lain (seperti telefon bimbit) seterusnya dapat menyambung kepada “Mobile Hotspot” Windows 10 anda dengan memilih nama WiFi dan password yang anda telah tentukan.

Selamat Mencuba!

Tambah hard disk kedua pada laptop dengan menggunakan caddy!

Selain dari telefon bimbit, laptop merupakan alatan teknologi penting untuk melaksanakan pekerjaan.

Walaubagaimanapun untuk sesetengah kategori pengguna laptop akan mendapati bahawa laptop kebiasaannya menawarkan ruang storan cakera keras (hard disk) yang terhad, terutama sekali bagi pengguna yang kerapkali
menyimpan data sama ada sebagai backup (pendua) ataupun memuat turun fail multimedia.

 

Laptop Hard Drive Caddy

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, pengguna laptop ini bolehlah memasang “hard drive caddy” iaitu sejenis komponen yang boleh menggantikan built-in internal DVD drive pada laptop dengan ruangan untuk menyimpan cakera keras (hard disk).

 

Apakah kelebihan memasang Caddy?

  • Boleh mempunyai pilihan untuk memasang  dua hard disk
  • Boleh menggunakan harddisk kedua pada caddy sebagai backup sebelum memformat/restore laptop
  • Boleh meningkatkan (upgrade) ruangan storan harddisk pada laptop tanpa perlu membuang harddisk laptop yang sedia ada.

Dimensi Saiz Hard Drive Caddy

Kebiasaanyya hard drive caddy ini direkabentuk dengan saiz yang standard dengan pilihan ketebalan 9.5mm dan 12.7mm bergantung kepada jenis laptop. Pengguna dinasihatkan untuk mengukur ketinggian/ketebalan DVD drive laptop untuk mendapatkan saiz caddy yang tepat.

Hint: Kebiasaanya laptop yang baharu akan menyokong saiz ketebalan 9.5mm

Harga Hard Drive Caddy

Julat harga hard drive caddy diantara RM40-RM200 bergantung kepada pembuat caddy tersebut. Namun begitu, kebanyakkan caddy dapat menyokong semua jenis laptop — bergantung kepada saiz ketebalan ruangan slot DVD drive

Saiz dan ruangan Storan yang disokong oleh Caddy

Lazimnya, caddy menyokong semua jenis hard disk bersaiz laptop (2.5 inci) sama ada jenis SSD atau pun HDD yang menggunakan antaramuka piawaian SATA

Ruangan Storan juga bergantung kepada bios laptop yang kebiasaannya menyokong ruangan storan harrdisk sehingga 16TB.

 

Pemasangan Caddy

Pemasangan caddy adalah mudah bagi pengguna yang biasa menukar optical drive pada harddisk. Walaubagaimanapun, dinasihatkan kepada pengguna yang kurang biasa dengan pemasangan optical drive dan caddy untuk ke Kedai Servis Komputer yang berhampiran untuk bantuan pemasangan caddy pada laptop masing-masing.

 

 

 

 

 

Cara membuat aduan gangguan elektrik di rumah dan lampu jalan ke TNB (Dial 15454)

Berikut merupakan kaedah untuk membuat aduan gangguan bekalan elektrik ke Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Aduan bekalan elektrik ini boleh dibuat terus ke TNB dengan mendail no telefon “15454” di mana-mana talian telefon termasuk telefon bimbit.

Pengadu boleh terdiri daripada orang awam dan tidak semestinya pelanggan TNB (contohnya, boleh buat aduan bagi pihak tuan rumah ataupun untuk keluarga)

Langkah-langkah membuat Aduan gangguan bekalan elektrik dan Lampu Jalan

 

  1. Dial ‘15454’
  2. Mesin automasi akan menjawab panggilan anda, pilih menu untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan untuk urusan aduan gangguan bekalan
  3. Berikan maklumat diri seperti nama dan pengenalan diri. Pegawai khidmat pelanggan juga akan meminta nombor tiang lampu TNB terhampir untuk mentukan lokasi rumah pengadu atau lokasi gangguan lampu jalan
  4. Berikan nombor telefon untuk tujuan panggilan, kebiasaanya TNB akan meminta 2 atau 3 nombor telefon untuk memudahkan perhubungan semasa tiadanya bekalan elektrik.
  5. Pegawai akan memberikan nombor laporan (biasanya akan menggunakan nombor telefon bimbit sebagai nombor laporan)\

Lazimnya response time kontraktor TNB adalah diantara 30 minit ke 2 jam.

Contoh nombor tiang elektrik (dibaca sebagai TNT GH 1) adalah seperti gambar dibawah:

 

Aduan lampu jalan tidak menyala

Orang ramai juga boleh membuat aduan lampu jalan tidak menyala di kawasan perumahan masing-masing dengan menggunakan kaedah yang sama seperti di atas dan memberikan nombor tiang TNB.

Sekian, harap maklum.

Senarai Nombor Telefon Penting dan Kecemasan di Malaysia

KECEMASAN

Polis / Ambulan  / Bomba / APM  – 999

TNB ELEKTRIK

Aduan Kerosakan TNB  – 15454

 

TELEKOM MALAYSIA

  • Aduan Telekom (kerosakan) 100
  • Operator – Domestic / Antara Bangsa 101
  • Permintaan No Telefon – 103

 

HELPLINE WANITA

  • 1 Stop Crisis Center – 03 2615 3333
  • All Women Action Society Malaysia (AWAM) – 03 7877 4221
  • Befrienders – 03 7956 8144
  • Buddies of Ipoh – 05 546 7633
  • HAWA – 03 2693 0095
  • Talidera – 1 800 88 3040
  • Women Aid Organization (WAO) – 03 7956 3488

 

ADUAN AWAM

  • Biro Pengaduan 03 8888 7777
  • Persatuan Pengguna – CAP 04 229 3571
  • Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia FOMCA – 03 7876 2009
  • MCA Hotline –  03 6258 9323

Bad Behavior has blocked 311 access attempts in the last 7 days.