Cara membuat aduan gangguan elektrik di rumah dan lampu jalan ke TNB (Dial 15454)

Berikut merupakan kaedah untuk membuat aduan gangguan bekalan elektrik ke Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Aduan bekalan elektrik ini boleh dibuat terus ke TNB dengan mendail no telefon “15454” di mana-mana talian telefon termasuk telefon bimbit.

Pengadu boleh terdiri daripada orang awam dan tidak semestinya pelanggan TNB (contohnya, boleh buat aduan bagi pihak tuan rumah ataupun untuk keluarga)

Langkah-langkah membuat Aduan gangguan bekalan elektrik dan Lampu Jalan

 

  1. Dial ‘15454’
  2. Mesin automasi akan menjawab panggilan anda, pilih menu untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan untuk urusan aduan gangguan bekalan
  3. Berikan maklumat diri seperti nama dan pengenalan diri. Pegawai khidmat pelanggan juga akan meminta nombor tiang lampu TNB terhampir untuk mentukan lokasi rumah pengadu atau lokasi gangguan lampu jalan
  4. Berikan nombor telefon untuk tujuan panggilan, kebiasaanya TNB akan meminta 2 atau 3 nombor telefon untuk memudahkan perhubungan semasa tiadanya bekalan elektrik.
  5. Pegawai akan memberikan nombor laporan (biasanya akan menggunakan nombor telefon bimbit sebagai nombor laporan)\

Lazimnya response time kontraktor TNB adalah diantara 30 minit ke 2 jam.

Contoh nombor tiang elektrik (dibaca sebagai TNT GH 1) adalah seperti gambar dibawah:

 

Aduan lampu jalan tidak menyala

Orang ramai juga boleh membuat aduan lampu jalan tidak menyala di kawasan perumahan masing-masing dengan menggunakan kaedah yang sama seperti di atas dan memberikan nombor tiang TNB.

Sekian, harap maklum.

Bad Behavior has blocked 103 access attempts in the last 7 days.