Berikut merupakan kaedah untuk membuat aduan gangguan bekalan elektrik ke Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Aduan bekalan elektrik ini boleh dibuat terus ke TNB dengan mendail no telefon “15454” di mana-mana talian telefon termasuk telefon bimbit.
Pengadu boleh terdiri daripada orang awam dan tidak semestinya pelanggan TNB (contohnya, boleh buat aduan bagi pihak tuan rumah ataupun untuk keluarga)
Langkah-langkah membuat Aduan gangguan bekalan elektrik dan Lampu Jalan
- Dial ‘15454’
- Mesin automasi akan menjawab panggilan anda, pilih menu untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan untuk urusan aduan gangguan bekalan
- Berikan maklumat diri seperti nama dan pengenalan diri. Pegawai khidmat pelanggan juga akan meminta nombor tiang lampu TNB terhampir untuk mentukan lokasi rumah pengadu atau lokasi gangguan lampu jalan
- Berikan nombor telefon untuk tujuan panggilan, kebiasaanya TNB akan meminta 2 atau 3 nombor telefon untuk memudahkan perhubungan semasa tiadanya bekalan elektrik.
- Pegawai akan memberikan nombor laporan (biasanya akan menggunakan nombor telefon bimbit sebagai nombor laporan)\
Lazimnya response time kontraktor TNB adalah diantara 30 minit ke 2 jam.
Contoh nombor tiang elektrik (dibaca sebagai TNT GH 1) adalah seperti gambar dibawah:
Aduan lampu jalan tidak menyala
Orang ramai juga boleh membuat aduan lampu jalan tidak menyala di kawasan perumahan masing-masing dengan menggunakan kaedah yang sama seperti di atas dan memberikan nombor tiang TNB.
Sekian, harap maklum.