4 Punca Renjatan Elektrik Kecil (ala-ala digigit semut) pada Laptop

Renjatan Elektrik kecil pada laptop atau komputer
Sudah tentu ada yang pernah mengalami situasi ini dimana anda pernah menerima ‘kejutan’ kecil ibarat gigitan semut apabila menyentuh laptop atau pc anda.

Hal ini berlaku kerana terdapatnya arus elektrik bocor pada permukaan laptop dan komputer.

Punca Arus elektrik Bocor pada Laptop dan Komputer Peribadi

Punca utama kebocoran arus elektrik adalah kerana sambungan elektrik pada laptop anda tidak di bumikan (Earthed) dengan sempurna yang disebabkan oleh beberapa faktor.

Artikel ini akan menyenaraikan faktor utama yang menyebabkan kebocoran arus elektrik ini

No 1: Extension Plug yang tidak sempurna

Hampir kesemua kes-kes yang melibatkan kebocoran arus elektrik pada laptop adalah berpunca daripada penyambungan bumi yang tidak sempurna pada extension plug.

Extension plug khususnya yang kerapkalinya di ubah kedudukannya atau wayar yang selalu disimpulkan akan menyebabkan tercabutnya pendawaian bumi.

Cara Atasi: Sambungkan plug laptop anda terus kepada wall outlet atau tukar extension plug kepada yang baru

 

No 2 : External monitor atau alatan lain yang bersambung dengan komputer dan laptop 

Punca kebocoran arus kedua yang paling kerap dialami adalah dari alatan lain yang bermasalah tetapi disambungkan kepada laptop sama ada melalui port VGA/HDMI ataupun USB.

 

Kebiasaanya perkara ini berpunca daripada cable external monitor yang rosak dan arus berlebihan itu masuk pada laptop anda.

 

Cara atasi: Untuk mengenalpasti punca ini, anda seharusnya menanggalkan sebarang peralatan lain pada laptop / pc anda dan cuba sekali lagi.

 

No 3:  Adaptor laptop atau power supply pc yang rosak

Jarang berlaku, tetapi terdapat juga segelintir kes dimana adaptor laptop yang tidak dapat menukarkan arus elektrik bervoltan tinggi (AC 240 volt) kepada voltan yang sempurna dan seterusnya menyebabkan terdapatnya kebocoran elektrik pada laptop.

Cara atasi: Anda perlu menukarkan adaptor laptop atau power supply pc anda

 

No 4:  Wall outlet yang tidak dibumikan dengan sempurna

Perkara ini amatlah jarang berlaku dimana situasinya berpunca daripada wall outlet yang tidak dibumikan oleh kontraktor pembinaan rumah / pejabat.

 

Cara atasi: Perlu menghubungi juruelektrik untuk membumikan wall outlet tersebut.

 

Penyelesaian Sementara untuk Mengatasi Kejutan Elektrik Kecil

Sekiranya anda tidak dapat menyelesaikan masalah kejutan elektrik kecil tersebut atas kekangan teknikal atau sebab-sebab tertentu, anda disarankan untuk memakai selipar / kasut getah supaya arus elektrik tidak mengalir menerusi kulit anda.

Pastikan selipar/kasut getah tersebut kering untuk mengelakkan pengaliran arus elektrik.

 

 

 

 

 

 

Tambah hard disk kedua pada laptop dengan menggunakan caddy!

Selain dari telefon bimbit, laptop merupakan alatan teknologi penting untuk melaksanakan pekerjaan.

Walaubagaimanapun untuk sesetengah kategori pengguna laptop akan mendapati bahawa laptop kebiasaannya menawarkan ruang storan cakera keras (hard disk) yang terhad, terutama sekali bagi pengguna yang kerapkali
menyimpan data sama ada sebagai backup (pendua) ataupun memuat turun fail multimedia.

 

Laptop Hard Drive Caddy

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, pengguna laptop ini bolehlah memasang “hard drive caddy” iaitu sejenis komponen yang boleh menggantikan built-in internal DVD drive pada laptop dengan ruangan untuk menyimpan cakera keras (hard disk).

 

Apakah kelebihan memasang Caddy?

  • Boleh mempunyai pilihan untuk memasang  dua hard disk
  • Boleh menggunakan harddisk kedua pada caddy sebagai backup sebelum memformat/restore laptop
  • Boleh meningkatkan (upgrade) ruangan storan harddisk pada laptop tanpa perlu membuang harddisk laptop yang sedia ada.

Dimensi Saiz Hard Drive Caddy

Kebiasaanyya hard drive caddy ini direkabentuk dengan saiz yang standard dengan pilihan ketebalan 9.5mm dan 12.7mm bergantung kepada jenis laptop. Pengguna dinasihatkan untuk mengukur ketinggian/ketebalan DVD drive laptop untuk mendapatkan saiz caddy yang tepat.

Hint: Kebiasaanya laptop yang baharu akan menyokong saiz ketebalan 9.5mm

Harga Hard Drive Caddy

Julat harga hard drive caddy diantara RM40-RM200 bergantung kepada pembuat caddy tersebut. Namun begitu, kebanyakkan caddy dapat menyokong semua jenis laptop — bergantung kepada saiz ketebalan ruangan slot DVD drive

Saiz dan ruangan Storan yang disokong oleh Caddy

Lazimnya, caddy menyokong semua jenis hard disk bersaiz laptop (2.5 inci) sama ada jenis SSD atau pun HDD yang menggunakan antaramuka piawaian SATA

Ruangan Storan juga bergantung kepada bios laptop yang kebiasaannya menyokong ruangan storan harrdisk sehingga 16TB.

 

Pemasangan Caddy

Pemasangan caddy adalah mudah bagi pengguna yang biasa menukar optical drive pada harddisk. Walaubagaimanapun, dinasihatkan kepada pengguna yang kurang biasa dengan pemasangan optical drive dan caddy untuk ke Kedai Servis Komputer yang berhampiran untuk bantuan pemasangan caddy pada laptop masing-masing.

 

 

 

 

 

Bad Behavior has blocked 311 access attempts in the last 7 days.