Tambah hard disk kedua pada laptop dengan menggunakan caddy!

Selain dari telefon bimbit, laptop merupakan alatan teknologi penting untuk melaksanakan pekerjaan.

Walaubagaimanapun untuk sesetengah kategori pengguna laptop akan mendapati bahawa laptop kebiasaannya menawarkan ruang storan cakera keras (hard disk) yang terhad, terutama sekali bagi pengguna yang kerapkali
menyimpan data sama ada sebagai backup (pendua) ataupun memuat turun fail multimedia.

 

Laptop Hard Drive Caddy

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, pengguna laptop ini bolehlah memasang “hard drive caddy” iaitu sejenis komponen yang boleh menggantikan built-in internal DVD drive pada laptop dengan ruangan untuk menyimpan cakera keras (hard disk).

 

Apakah kelebihan memasang Caddy?

  • Boleh mempunyai pilihan untuk memasang  dua hard disk
  • Boleh menggunakan harddisk kedua pada caddy sebagai backup sebelum memformat/restore laptop
  • Boleh meningkatkan (upgrade) ruangan storan harddisk pada laptop tanpa perlu membuang harddisk laptop yang sedia ada.

Dimensi Saiz Hard Drive Caddy

Kebiasaanyya hard drive caddy ini direkabentuk dengan saiz yang standard dengan pilihan ketebalan 9.5mm dan 12.7mm bergantung kepada jenis laptop. Pengguna dinasihatkan untuk mengukur ketinggian/ketebalan DVD drive laptop untuk mendapatkan saiz caddy yang tepat.

Hint: Kebiasaanya laptop yang baharu akan menyokong saiz ketebalan 9.5mm

Harga Hard Drive Caddy

Julat harga hard drive caddy diantara RM40-RM200 bergantung kepada pembuat caddy tersebut. Namun begitu, kebanyakkan caddy dapat menyokong semua jenis laptop — bergantung kepada saiz ketebalan ruangan slot DVD drive

Saiz dan ruangan Storan yang disokong oleh Caddy

Lazimnya, caddy menyokong semua jenis hard disk bersaiz laptop (2.5 inci) sama ada jenis SSD atau pun HDD yang menggunakan antaramuka piawaian SATA

Ruangan Storan juga bergantung kepada bios laptop yang kebiasaannya menyokong ruangan storan harrdisk sehingga 16TB.

 

Pemasangan Caddy

Pemasangan caddy adalah mudah bagi pengguna yang biasa menukar optical drive pada harddisk. Walaubagaimanapun, dinasihatkan kepada pengguna yang kurang biasa dengan pemasangan optical drive dan caddy untuk ke Kedai Servis Komputer yang berhampiran untuk bantuan pemasangan caddy pada laptop masing-masing.

 

 

 

 

 

Bad Behavior has blocked 89 access attempts in the last 7 days.