TERKINI: Semak baki Pelaburan ASNB secara online

Tahukah anda, bahawa anda kini boleh menyemak baki perlaburan ASNB secara atas talian?

Apa yang diperlukan adalah anda perlu ke mana-mana cawangan ASNB yang berhampiran  dan bawa MyKAD anda sahaja.

Anda boleh berurusan di kaunter pendaftaran atau menggunakan kiosks ASNB yang turut disediakan di cawangan terbabit.

Langkah Pertama : Pendaftaran No Telefon dan Alamat Email 

Pendaftaran ini boleh dilakukan menggunakan kioks dimana pelabur boleh menggunakan MyKAD dan cap jari untuk mengakses sistem dan mengemaskinikan No telefon bimbit serta alamat email untuk tujuan pendaftaran sistem.

Pelabur juga boleh mengemaskinikan maklumat ini di kaunter dengan mengisi borang. Namun begitu, pengemaskinian menggunakan kiosk amat digalakkan untuk mengurangkan kesesakan.

Langkah Kedua: Pendaftaran Portal MyASNB untuk Urusniaga Atas Talian 

Pelabur seterusnya boleh pergi ke laman web Portal MyASNB (https://www.myasnb.com.my/)  dengan menggunakan komputer untuk meneruskan pendaftaran.

Untuk pendaftaran kali pertama, pelabur boleh menekan butang “Daftar disini” seperti mana di cekupan skrin di bawah.

 

Langkah Ketiga : Daftarkan No Kad Pengenalan Anda

Setelah bersetuju dengan terma dan syarat MyASNB yang ditetapkan, pelabur seterusnya boleh memasukkan no MyKAD dan memilih dana pelaburan yang berkenaan.

Kemudian, portal ASNB akan menghantar no TAC kepada Telefon bimbit yang telah didaftarkan pada kiosks pada Langkah Pertama tadi,

Langkah Keempat: Soalan Keselamatan

Seterusnya pelabur dikehendaki untuk mengisi jawapan bagi soalan keselamatan.

 

Langkah Kelima:  Katalaluan sementara dan Log Masuk

Pelabur akan diberikan katalaluan sementara yang harus ditukar apabila log masuk pertama kali ke sistem ini.

 

Langkah Keenam:  Kemaskinikan kata laluan

Pelabur seterusnya boleh mengemaskinikan / menukar katalaluan sementara yang diberikan kepada katalaluan pilihan sendiri yang lebih selamat dan mudah diingati

 

Langkah Terakhir: Semak Baki  Jumlah Pelaburan

 

Akhir sekali, pelabur boleh menyemak baki pelaburan dengan menggunakan portal myASNB secara atas talian.

Untuk menyemak baki pada bila-bila masa, pelabur boleh lah menanda (bookmark) laman web Portal MyASNB untuk kemudahan menyemak baki pelaburan tanpa perlu menghadirkan diri ke kaunter agen ASNB.

 

Hostkan Web PHP/MySQL Secara Percuma di 000Webhost.com

Berita baik untuk pengguna internet yang ingin memuat naik sistem mereka ke internet dengan kos yang rendah.

 

Kini, 000Webhost.com menawarkan pakej host PHP/MySQL secara percuma kepada semua.  Antara kelebihan 000Webhost.com adalah:

  • Menggunakan PHP 7.1 (terbaru)
  • Penggunaan MySQL dengan phpMyAdmin secara percuma (terhad 2 pengkalan data)
  • Hostkan aplikasi WordPress secara terus (tanpa perlu pemasangan secara manual)
  • Pemuat naik fail yang mudah digunakan
  • 1GB saiz storan
  • Pemindahan data sehingga 10 GB sebulan
  • Mempunyai service cronjob
  • Cpanel

Tawaran ini mungkin dapat menarik minat peminat pembangun amatur (khususnya para pelajar) untuk secara suka-suka untuk memuatnaikan sistem mereka.

 

 

Bad Behavior has blocked 123 access attempts in the last 7 days.